
Perkhidmatan Kami
Kemudahan & Penginapan
Asrama mesra kerusi roda, wad 24 jam dan kemudahan sokongan untuk keselesaan sepanjang tempoh rehabilitasi.
Asrama
Asrama boleh menempatkan hampir 300 orang pada satu-satu masa dalam 150 bilik berkongsi (dua katil single). Reka bentuknya mengutamakan keselamatan dan kebolehcapaian: mesra kerusi roda, katil rendah, tingkap dan suis pada kedudukan rendah, lantai tidak licin serta bilik air yang luas dan mudah diakses.
Wad
Wad Convalescent dan Wad Transition beroperasi sepanjang 24 jam dengan rawatan kejururawatan serta pemantauan kesihatan oleh doktor dan jururawat.
Kemudahan sokongan
- Armada pengangkutan mesra kerusi roda: buggy, ambulans dan van transit
- Arena sukan: badminton, ping pong, bola keranjang dan boccia
- Dispensari ubat mengikut preskripsi pegawai perubatan
- Kedai serbaneka mini dan kafe
- Makanan 4 kali sehari dengan kiosk pesanan layan diri